Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SK Taman Perling 3

Sejarah Sekolah

Laman Utama
Berita Terkini
Peperiksaan
Kata-kata Aluan GB
Maklumat Asas
Sejarah Sekolah
Galeri
Guru & Kakitangan Sokongan
Aktiviti Sekolah
Pencapaian Sekolah

                                                           

Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3 (SKTP3) adalah sebuah sekolah di bawah PMC (Project Management Consultant).  Sekolah ini mula dibina sejak awal 2000 dan memulakan operasi sebagai institusi Pendidikan pada awal Disember 2003 dan murid-murid mula belajar pada 5 Januari 2004.

 

Sekolah ini menjadi kemudahan utama penduduk Taman Perling bahagian barat iaitu sekitar Jalan Rawa, Jalan Layang, Taman D’Utama,,  Taman Baiduri, Kampung Tuah Jaya, Kampung Sungai Pinang dan sebahagian kawasan Taman Nusa Bestari dan Kampung Sungai Danga.

 

Terdapat 5 blok bangunan yang dilengkapi dengan 30 bilik darjah, 2 Bilik komputer, 2 Makmal Sains, Perpustakaan, Bilik Guru,  Surau, Klinik, Kantin, Bilik SPBT (BOSS), Bilik Koperasi, Bilik Peperiksaan, Bilik Tayang, Bilik Kemairan Hidup,  Bilik Seni, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Pejabat dan Pondok Bacaan.

 

SKTP3 memulakan operasi dengan 14 orang guru, Guru Besar dan seorang Pembantu Am Rendah.  Manakala penempatan awal murid adalah seramai 340 orang dan 9 buah kelas dibuka.  Murid-murid ini dari SK Taman Perling, Sk Seri Perling 2, SK Taman Sutera dan SK Sungai Danga.

 

Semoga sekolah ini dapat melahirkan murid-murid yang berwawasan, berketrampilan, berdisiplin dan berinovasi, selaras dengan matlamat Pendidikan Negara.

  

                                                                                  

 

 

  
Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
Jalan Rawa, Taman Perling,
81200 Johor Bahru, Johor.