Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SK Taman Perling 3

Kata-kata Aluan GB
Laman Utama
Berita Terkini
Peperiksaan
Kata-kata Aluan GB
Maklumat Asas
Sejarah Sekolah
Galeri
Guru & Kakitangan Sokongan
Aktiviti Sekolah
Pencapaian Sekolah

gb.jpg

Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Selamat Tahun Baru 2010.
 
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kerana telah melaksanakan tugasan tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun 2009.
 
Walaupun tugas kita sudah dilaksanakan mengikut ketetapan SKT namun masih ada keputusan di akhir aktiviti tidak seperti diharapkan.  Oleh yang demikian, pada tahun 2010 ini, kita mahu atau tidak mahu wajiblah kita meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.
 
Tugas seorang pendidik tidaklah semudah yang disangkakan walhal ia perlu pengorbanan masa, tenaga dan keupayaan berfikir untuk menjadikan sesebuah sekolah itu unggul.
 
Sebutan Bidang Keberhasilan Utama Negara telah disebarluaskan kepada rakyat Malaysia untuk tujuan menambah baik mutu kehidupan rakyat Malaysia.  Dalam bidang pendidikan, usaha menaik taraf pendidikan Pra Sekolah dan murid-murid berumur 6 tahun hingga 9 tahun mestilah menguasai 3M adalah satu permulaan transformasi pendidikan 2010.
 
KPM berharap ETR 90%, murid-murid menguasai 3M pada tahun 2012.
 
Masyarakat pendidik mestilah menyambut baik usaha ini untuk melaksanakan transformasi pendidikan ini dan hasilnya menjadi kenyataan.
 
Semua warga sekolah mesti berganding bahu dalam suasana susah dan senang semata-mata untuk menjayakan hasrat Kerajaan Malaysia.  Keluasan pemikiran warga pendidik diyakini boleh mencapai hasrat yang diingini seterusnya menjadikan generasi berjaya bertepatan dengan visi:
 
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"
 
Terima kasih.
 
 
Pn Sapiah Bt Mohamad
Guru Besar
SK Taman Perling 3
Johor.