Sekolah Kebangsaan Taman Perling 3
(SKTP3) adalah sebuah sekolah di bawah PMC (Project Management Consultant). Sekolah
ini mula dibina sejak awal 2000 dan memulakan operasi sebagai institusi Pendidikan pada awal Disember 2003 dan murid-murid
mula belajar pada 5 Januari 2004.
Sekolah ini menjadi kemudahan utama
penduduk Taman Perling bahagian barat iaitu sekitar Jalan Rawa, Jalan Layang, Taman D’Utama,, Taman Baiduri, Kampung Tuah Jaya, Kampung Sungai Pinang dan sebahagian kawasan Taman Nusa Bestari dan Kampung
Sungai Danga.
Terdapat 5 blok bangunan yang dilengkapi
dengan 30 bilik darjah, 2 Bilik komputer, 2 Makmal Sains, Perpustakaan, Bilik Guru,
Surau, Klinik, Kantin, Bilik SPBT (BOSS), Bilik Koperasi, Bilik Peperiksaan, Bilik Tayang, Bilik Kemairan Hidup, Bilik Seni, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Pejabat dan Pondok Bacaan.
SKTP3 memulakan operasi dengan 14
orang guru, Guru Besar dan seorang Pembantu Am Rendah. Manakala penempatan awal
murid adalah seramai 340 orang dan 9 buah kelas dibuka. Murid-murid ini dari
SK Taman Perling, Sk Seri Perling 2, SK Taman Sutera dan SK Sungai Danga.
Semoga sekolah ini dapat melahirkan
murid-murid yang berwawasan, berketrampilan, berdisiplin dan berinovasi, selaras dengan matlamat Pendidikan Negara.