Selamat sejahtera dan Salam Satu Malaysia.
Selamat Tahun Baru 2010.
Sekalung tahniah dan ucapan terima kasih kerana telah melaksanakan tugasan
tuan-tuan dan puan-puan sepanjang tahun 2009.
Walaupun tugas kita sudah dilaksanakan mengikut ketetapan SKT namun masih
ada keputusan di akhir aktiviti tidak seperti diharapkan. Oleh yang demikian, pada tahun 2010 ini, kita mahu atau tidak
mahu wajiblah kita meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan.
Tugas seorang pendidik tidaklah semudah yang disangkakan walhal ia perlu
pengorbanan masa, tenaga dan keupayaan berfikir untuk menjadikan sesebuah sekolah itu unggul.
Sebutan Bidang Keberhasilan Utama Negara telah disebarluaskan kepada
rakyat Malaysia untuk tujuan menambah baik mutu kehidupan rakyat Malaysia. Dalam bidang pendidikan, usaha menaik taraf
pendidikan Pra Sekolah dan murid-murid berumur 6 tahun hingga 9 tahun mestilah menguasai 3M adalah satu permulaan transformasi
pendidikan 2010.
KPM berharap ETR 90%, murid-murid menguasai 3M pada tahun 2012.
Masyarakat pendidik mestilah menyambut baik usaha ini untuk melaksanakan
transformasi pendidikan ini dan hasilnya menjadi kenyataan.
Semua warga sekolah mesti berganding bahu dalam suasana susah dan senang
semata-mata untuk menjayakan hasrat Kerajaan Malaysia. Keluasan pemikiran warga pendidik diyakini boleh mencapai hasrat
yang diingini seterusnya menjadikan generasi berjaya bertepatan dengan visi:
"SEKOLAH UNGGUL PENJANA GENERASI TERBILANG"
Terima kasih.
Pn Sapiah Bt Mohamad
Guru Besar
SK Taman Perling 3
Johor.