Visi Sekolah
Sekolah Unggul Penjana Generasi Terbilang
(Sekolah Kebangsaan Taman Perling
3 cemerlang kurikulum, kokurikulum, pembangunan sahsiah murid dan pengurusan pejabat)
Misi Sekolah
Membangun Potensi Individu Melalui Pendidikan Berkualiti
(Mendidik, mencerapkan nilai murni,
memupuk bakat murid hingga berjaya)
Matlamat
* Mewujudkan tenaga pengajar berdaya maju mendidik murid-murid yang akan menjadi warganegara yang berilmu pengetahuan dan
berintegriti.
* Berjaya meningkatkan pencapaian akademik dan aktiviti bukan akademik
* Ada perubahan sikap cara bekerja di kalangan semua tenaga pengajar dan kakitangan sokongan sekolah ini seterusnya menjadi
kakitangan awam yang berjaya.
Objektif
* Dapat menimbulkan suasana harmonis di kalangan guru dan kakitangan sokongan supaya memikul tanggungjawab bersama ke arah
kecemerlangan institusi.
* Murid-murid belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan di samping mengekalkan suasana alam sekitar yang bersih
dan selamat.
* Seluruh warga sekolah menjadi warganegara Malaysia yang berakhlak mulia, berketrampilan serta setia kepada negara.